Wednesday, 10 February 2021

Berdasar petikan di atas Sultan Muzaffar Syah amat mementingkan perpaduan dalam pentadbirannya. Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks pembangunan masyarakat di Melaka

 

.Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya

 

Maka Sultan  Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu, maka terlalu dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu.Maka fikir baginda,”Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana Orang Besar tiada muafakat  sama  orang besar.”

(Dipetik daripada A.Samad Ahmad(peny.) 2003   Sulalatus   Salatin Sejarah           Melayu[Edisi Pelajar],  Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 92)


Berdasar petikan di atas Sultan Muzaffar Syah amat mementingkan perpaduan dalam pentadbirannya. Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks pembangunan masyarakat di Melaka.    [25m] 


Contoh jawapan.


Pengenalan

Definisi perpaduan – perihal berpadu

-Rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah.

-Definisi pembangunan masyarakat

-5 isi jawapan secara keseluruhan


Isi

F1-Sepakat / bersatu hati dalam melakukan sesuatu

H/C: -Bersepakat antara SMS dengan SND untuk merampas takhta kesultaan Melayu Melaka daripada Raja Rekan


F2-Bekerjasama

H/C-SMS meminta kerjasama dengan TP dan orang-orang Kelang untuk menghadapi serangan Siam


F3-Bersefahaman

H/C-SMS menceraikan TK, kekanda TP yang dikahwini oleh SND. Akhirnya mewujudkan persefahaman antara SND dan TP


F4-Saling-mempercayai 

H/C-SMS mempercayai SND untuk membantu baginda dalam peristiwa rampasan kuasa


F5-Saling hormat-menghormati

H/C-Perasaan saling hormat-menghormati wujud antara TP dan SND selepas perkahwinan SND dan TK


kesimpulan / rumusan 

Amalan rasuah ini tidak dapat membina jati diri”. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan petikan di atas.

 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya

Tauke ini paling penting baginya. Dia ingin bersara dari politik tetapi bergantung kepada kejayaan rancangan dengan Tauke Chan itu. Dia percaya akan dapat bantuan dari tauke tersebut dalam usahanya untuk membesarkan  kilang papannya dekat Pekan Kuala. Apabila dia tidak menjadi wakil rakyat lagi kelak, kilang papan itulah sumber hidupnya yang boleh menetapkan kedudukanya agak tinggi sedikit dalam masyarakat. Kalau rancangan perumahan itu berjaya, Tauke Chan tentu gembira sekali untuk membantunya agak sepuluh dua puluh ribu untuk membesarkan kilang papannya.

                                                                                                                               (Dipetik daripada Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur;:

Dewan Bahasa dan Pustaka , halaman 56


“Amalan rasuah ini tidak dapat membina jati diri”. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan petikan di atas.    (25m)


Contoh jawapan.

pengenalan

F1 : Jati diri merujuk kepada sifat/ ciri yang unik, istimewa dan unggul dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadai teras dan lambanhg keperibadian seseorang individu.

F2: Definisi rasuah – menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka diantaranya termasuklah menyalahgunakan undang-undang yang dikuatkuasakan, penyalahgunaan harta luar negara. Merugikan negara, memperkayakan diri sendiri dan kerabat. 

F3: isi-isi penting


isi

F1: Memimbulkan sikap pentingkan diri sendiri.

H/C: sikap yang hanya mengutamakan kemahuan dan kehendak diri sendiri tanpa memperdulikan hal orang lain. Sikap sedemikian sudah tentu akan mengundang rasa tidek senang hati orang lain. Berdasarkan petikan diatas YB Mohd. Yusof pentingkan dirinya sehingga dia snggup mengharapkan rasuah/habuan daripad Tauke Chan bagi membesarkan kilang papannya.


F2: Menggambil kesempatan/ menggunakan orang lain.

H/C: Membolehkannya mengaut keuntungan. Mempergunakan kesempatan dan peluang yang ada bagi membolehkannya memperolehi habuan, sepatutunya sikap ini dihindai kerana sudah tentu ianya akan membawa impak yang negatif seperti mungkin akan berlaku salah faham. Berdasarkan petikan diatas YB Mohd. Yusof mengambil kesempatan diatas kesusukannya sebagai ahli politik dengan berkerjasama untuk mendapatkan habuan


F3: Rasa tamak haloba

H/C: Keinginan untuk memperolehi sesuatu tanpa usaha sendiri juga dikaitkan dengan sikap haloba. Sewajarnyalah siakp ini dihindari bagi membentuk keperibadian yang teguh dengan iman. Berdasarkan teikan diatas, YB Mohd Yusof bersikap tamah kerana ingin mendapatkan mendapatkan habuan demi membesarkan kilang papannya.


F4: Penyalagunaan kuasa

H/C: Perbuatan menggunakan kedudukan atau jawatan tertentu untuk tujuan mendapatkan keuntungan peribadi. Seharusnya perbuatan tersebut tidak dilakukan kerana sudah tentu ianya akan menggundang isu yang lebih besar seperti pembunuhan dan sebagainya.


F5: Hilang pertimbangan

H/C: Juga merupakan punca berlakunya amalan rasuah dikalangan individu yang bersikap negatif. Sikap lupa diri dan sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan sikap positif. Sewajarnya sikap sedemikian dihindari kerana ianya boleh mendatangkan kesan buruk terutama dalam perhubungan sesama manusia. YB Mohd Yosuf tidak berfikir secara rasional apbila dia mengharapkan habuan daripada Tauke Chan bagi membantunya membersarkan kilang papannya


F6: Tidak amanah

F7: Membelakangkan agama


kesimpulan

Kesimpulannya amalan rasuah yang berpunca dari sikap diri sendiri boleh mengagalkan  pembangunan insan sewajarnya tidak dilakukan demi membentuk individu yang cekal, kuat dan mempunyai keperibadian yang teguh. 

Sunday, 8 November 2020

Hikayat Hang Tuah bab 7 (V11)

Hikayat Hang Tuah (V11)

SINOPSIS

·         Sultan Melaka bersama rombongan telah datang ke Majapahit bertujuan untuk mengahwini Raden Mas Ayu. Rombongan ini diringi oleh Patih Kerma Wijaya, Hang Tuah dan lain-lain pegawai serta rakyat Melaka. 

·         Di Majapahit, Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara Majapahit. Upacara perkahwinan dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah berjawatan sebagai seorang Bentara. Sultan Melaka telah menghantar belanja perkahwinan dengan persembahan emas tujuh bahara, kain tujuh peti dan perempuan dayang seramai 70 orang. Sultan Melaka telah mengadap Betara Majapahit. 

·         Ketika majlis mengadap diadakan berlaku perancangan jahat Patih Gajah Mada iaitu salah seorang pembesar Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan kehebatannya memarang mata tombak dan membunuh pencabarnya.

 

ANALISIS KARYA

·         Kisah ini berdasarkan cerita Raja Melaka yang telah pergi untuk dengan Raden Galuh Emas Ayu iaiti anak Betara Majapahit..

·         Upacara perkahwinan tersebut telah dimulakan dengan Majlis berjaga-jaga..

·         Raja Melaka telah membawa hadiah berupa emas tujuh bahara,kain tujuh peti,dayang tujuh puluh orang kain bersuji dan tepi tujuh helai..

·         Dalam satu majlis,Hang Tuah telah dicabar berlawan dengan Majapahit yang handal bermain tombak..

·         Taming Sari sukar untuk dikalahkan kerana tidak lut ditikam oleh Hang Tuah tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa rahsia kekuatan Taming Sari terletak pada kesakitan kerisnya.Hang Tuahtelah menggunakan kebijaksanaan dengan merampas keris Taming Sari tersebut

·         Hang Tuah telah berjaya membunuh perajurit Majapahit ,iaitu TamingSari tersebut.

·         Hang Tuah dianugerahkan gelaran Laksamana,anugerah Sungai Jemaja dan keris yang dimiliki oleh Taming Sari kerana telah berjaya menewaskan penjurit tua,Taming Sari..

 

TEMA

·         Epik ini bertemakan semangat patriotik.Keberanian dan kekuatan seorang pahlawan Melayu ,iaitu Hang Tuah dalam membuktikan ketaatan kepada rajanya

 

PLOT

·         Plot hikayat ini ialah kronologi,iaitu sebuah cerita yang mendaftarkan dengan kisah di Majapahit..

·         Pertemuaan antara Hang Tuah sebagai wakil kerajaan Melayu dengan perajurit Majapahit berakhir  dengan kisah pertarungan Hang Tuah dengan Taming Sari..

·         Jalan cerita karya ini adalah seperti berikut;

·         Kedatangan rombongan Raja Melaka ke Majapahit untuk melangsungkan perkhawinan dengan Raden Galuh Emas Ayu iaitu Betara Majapahit..

 

 

LATAR TEMPAT

Sebuah wilayah bernama Majapahit:-

·         Tempat Hang Tuah berlawan dan membunuh Penjurit dan Taming Sari..

LATAR MASA

Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka:-

·         Semua peristiwa dalam karya ini berlaku pada era kegemilangan Hang Tuah yang hebat dan perkasa..

LATAR MASYARAKAT

KEHIDUPAN GOLONGAN DIRAJA(ISTANA):-

·         Masyarakat yang diceritakandalam karya ini berada dalam sistem fuedal.Golongan diraja diwakilkan Raja Melaka,Seri Betara dan Raden Galuh Emas Ayu

MASYARAKAT MELAYU LAMA YANG MEMPERTAHANKAN DIRI:-

·         Golongan pahlawan ini diwakili oleh Hang Tuah ,Patih Gajah Mada,Penjurit dan Taming Sari yang mementingkan seni pertahanan diri,iaitu seni silat dalam usaha meluaskan kuasa dan wilayah pemerintah.

KEHIDUPAN GOLONGAN DIRAJA:-

·         Masyarakat yang diceritakan dalam karya ini berada dalam sistem feudal. Golongan diraja diwakili oleh Raja Melaka, Seri Bentara dan Raden Galu Emas Ayu.

MASYARAKAT MELAYU LAMA YANG MEGAH MEMPERTAHANKAN DIRI:-

·         Golongan pahlawan ini diwakili oleh Hang Tuah, Patih Gajah Mada yang mementingkan seni mempertahankan diri iaitu silat.

MEMENTINGKAN ADAT RESAM:-

·         Masyarakat Melayu mementingkan resam dan mengamalkan  dalam kehidupan harian mereka..Adat resam ini termasuklah pantang larang dan adat istiadat yang diamalkan sejak turun temurun lagi..Antara  adat yang sering diamalkan oleh masyarakat  Melayu  seperti  adat perkahwinan, tambalan raja..contohnye Hikayat Hang Tuah yang menunjukan masyarakat Melayu mementingkan adat perkahwinan seperti dibawah;setelah ke esok harinya maka baginda pun berangkat keluar dihadap oleh  segala pegawai dan pertuanan sekalian..

·          

PERSOALAN

·         Keberanian pahlawan melindungi rajanya..

·         Ketaatan seorang rakyat terhadap rajanya..

PERWATAKAN

HANG TUAH:-

Seorang hulubalang dan pengiring raja Melaka

·         Hang Tuah telah dilantik oleh Sultan Melaka untuk jawatan hulubalang negara dan menjadi pergiring dalam semua urusan pentadbiran negara

Seorang yang taat setia

·         Seorang yang terlalu taat setia kepada raja sehingga sanggup mengorbankan dirinya sendiri.

Tangkas bermain senjata

·         Hang Tuah mempunyai ilmu mempertahankan diri yang hebat dan ilmu tangkas bermain senjata

RAJA MELAKA:-

Seorang yang baik

·         Raja Melaka yang bernama Sultan Mansur Syah merupakan seorang sultan yang baik hati dan sangat taat pada perintah agama.

Mempunyai keinginan yang tinggi

·         Baginda memiliki keinginan yang tinggi untuk meluaskan wilayah pemerintahannya.

SERI BENTARA:-

Raja kerajaan Majapahit

·         Baginda ialah Sultan bagi kerajaan Majapahit. Di bawah pentadbirannya, baginda mempunyai sikap suka memperkecil kecilkan negara lain kerana negaranya mempuyai kekuatan tentera yang sangat luar biasa.

Seorang yang berkeinginan tinggi

·         Keinginan baginda yang sukar ditandingi ialah ingin memperluaskan kuasa dan jajahan. Kerajaan Majapahit adalah satu kuasa besar yang telah berjaya menakluki Demak dan Pasai.

CIRI EPIK

1.      Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan.

·         Hang Tuah mampu mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka saling bertukar keris.

2.      Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat.

·         Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.

3.      Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema.

·         Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain.

4.      Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa).

·         Hang Tuah tidak cedera walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.

5.       Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak langsung melalui dialog dan aksinya sahaja.

·         Hang Tuah diceritakan berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan ketangkasan watak Hang Tuah.

KEPENTINGAN KARYA DALAM KONTEKS SARWAJAGAT (WORLD VIEW) MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL.

1.      Perlu bersikap berani

·         Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi membantu orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak dapat dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh yang handal seperti Taming Sari.

2.      Manusia perlu bijaksana.

·         Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang  Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.

3.      Taat setia kepada ketua.

·         Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.

4.      Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain.

·         Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu cara menghargai jasa-jasanya.

5.      Sentiasa berwaspada.

·         Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati

6.      Hormat menghormati.

·         Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang (Majapahit). 

7.      Gambaran adat dan budaya masyarakat.

·         Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja

NILAI

1.      Semangat setia kawan

·         Nilai semangat setia kawan dapat ditonjolkan dalam diri Hang Jebat yg berani menentang dan derhaka kepada rajanya sendiri. Hal ini demikian kerana dia merasa tidak puas hati terhadap keputusan rajanya yang terlalu mengikut nafsu utk menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah