Showing posts with label Amalan rasuah ini tidak dapat membina jati diri”. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan petikan di atas.. Show all posts
Showing posts with label Amalan rasuah ini tidak dapat membina jati diri”. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan petikan di atas.. Show all posts

Wednesday, 10 February 2021

Amalan rasuah ini tidak dapat membina jati diri”. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan petikan di atas.

 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya

Tauke ini paling penting baginya. Dia ingin bersara dari politik tetapi bergantung kepada kejayaan rancangan dengan Tauke Chan itu. Dia percaya akan dapat bantuan dari tauke tersebut dalam usahanya untuk membesarkan  kilang papannya dekat Pekan Kuala. Apabila dia tidak menjadi wakil rakyat lagi kelak, kilang papan itulah sumber hidupnya yang boleh menetapkan kedudukanya agak tinggi sedikit dalam masyarakat. Kalau rancangan perumahan itu berjaya, Tauke Chan tentu gembira sekali untuk membantunya agak sepuluh dua puluh ribu untuk membesarkan kilang papannya.

                                                                                                                               (Dipetik daripada Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur;:

Dewan Bahasa dan Pustaka , halaman 56


“Amalan rasuah ini tidak dapat membina jati diri”. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan petikan di atas.    (25m)


Contoh jawapan.

pengenalan

F1 : Jati diri merujuk kepada sifat/ ciri yang unik, istimewa dan unggul dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadai teras dan lambanhg keperibadian seseorang individu.

F2: Definisi rasuah – menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka diantaranya termasuklah menyalahgunakan undang-undang yang dikuatkuasakan, penyalahgunaan harta luar negara. Merugikan negara, memperkayakan diri sendiri dan kerabat. 

F3: isi-isi penting


isi

F1: Memimbulkan sikap pentingkan diri sendiri.

H/C: sikap yang hanya mengutamakan kemahuan dan kehendak diri sendiri tanpa memperdulikan hal orang lain. Sikap sedemikian sudah tentu akan mengundang rasa tidek senang hati orang lain. Berdasarkan petikan diatas YB Mohd. Yusof pentingkan dirinya sehingga dia snggup mengharapkan rasuah/habuan daripad Tauke Chan bagi membesarkan kilang papannya.


F2: Menggambil kesempatan/ menggunakan orang lain.

H/C: Membolehkannya mengaut keuntungan. Mempergunakan kesempatan dan peluang yang ada bagi membolehkannya memperolehi habuan, sepatutunya sikap ini dihindai kerana sudah tentu ianya akan membawa impak yang negatif seperti mungkin akan berlaku salah faham. Berdasarkan petikan diatas YB Mohd. Yusof mengambil kesempatan diatas kesusukannya sebagai ahli politik dengan berkerjasama untuk mendapatkan habuan


F3: Rasa tamak haloba

H/C: Keinginan untuk memperolehi sesuatu tanpa usaha sendiri juga dikaitkan dengan sikap haloba. Sewajarnyalah siakp ini dihindari bagi membentuk keperibadian yang teguh dengan iman. Berdasarkan teikan diatas, YB Mohd Yusof bersikap tamah kerana ingin mendapatkan mendapatkan habuan demi membesarkan kilang papannya.


F4: Penyalagunaan kuasa

H/C: Perbuatan menggunakan kedudukan atau jawatan tertentu untuk tujuan mendapatkan keuntungan peribadi. Seharusnya perbuatan tersebut tidak dilakukan kerana sudah tentu ianya akan menggundang isu yang lebih besar seperti pembunuhan dan sebagainya.


F5: Hilang pertimbangan

H/C: Juga merupakan punca berlakunya amalan rasuah dikalangan individu yang bersikap negatif. Sikap lupa diri dan sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan sikap positif. Sewajarnya sikap sedemikian dihindari kerana ianya boleh mendatangkan kesan buruk terutama dalam perhubungan sesama manusia. YB Mohd Yosuf tidak berfikir secara rasional apbila dia mengharapkan habuan daripada Tauke Chan bagi membantunya membersarkan kilang papannya


F6: Tidak amanah

F7: Membelakangkan agama


kesimpulan

Kesimpulannya amalan rasuah yang berpunca dari sikap diri sendiri boleh mengagalkan  pembangunan insan sewajarnya tidak dilakukan demi membentuk individu yang cekal, kuat dan mempunyai keperibadian yang teguh.