Hikayat Hang Tuah (V11)
SINOPSIS
·
Sultan Melaka bersama
rombongan telah datang ke Majapahit bertujuan untuk mengahwini Raden Mas Ayu.
Rombongan ini diringi oleh Patih Kerma Wijaya, Hang Tuah dan lain-lain pegawai
serta rakyat Melaka.
·
Di Majapahit,
Radin Mas Ayu adalah anak kepada Betara Majapahit. Upacara perkahwinan
dimulakan dengan majlis berjaga-jaga. Hang Tuah berjawatan sebagai seorang
Bentara. Sultan Melaka telah menghantar belanja perkahwinan dengan persembahan
emas tujuh bahara, kain tujuh peti dan perempuan dayang seramai 70 orang.
Sultan Melaka telah mengadap Betara Majapahit.
·
Ketika majlis
mengadap diadakan berlaku perancangan jahat Patih Gajah Mada iaitu salah
seorang pembesar Majapahit. Hang Tuah telah menunjukkan kehebatannya memarang
mata tombak dan membunuh pencabarnya.
ANALISIS
KARYA
·
Kisah ini
berdasarkan cerita Raja Melaka yang telah pergi untuk dengan Raden Galuh Emas
Ayu iaiti anak Betara Majapahit..
·
Upacara
perkahwinan tersebut telah dimulakan dengan Majlis berjaga-jaga..
·
Raja Melaka telah
membawa hadiah berupa emas tujuh bahara,kain tujuh peti,dayang tujuh puluh
orang kain bersuji dan tepi tujuh helai..
·
Dalam satu
majlis,Hang Tuah telah dicabar berlawan dengan Majapahit yang handal bermain
tombak..
·
Taming Sari sukar untuk
dikalahkan kerana tidak lut ditikam oleh Hang Tuah tetapi Hang Tuah mengetahui
bahawa rahsia kekuatan Taming Sari terletak pada kesakitan kerisnya.Hang
Tuahtelah menggunakan kebijaksanaan dengan merampas keris Taming Sari tersebut
·
Hang Tuah telah
berjaya membunuh perajurit Majapahit ,iaitu TamingSari tersebut.
·
Hang Tuah
dianugerahkan gelaran Laksamana,anugerah Sungai Jemaja dan keris yang dimiliki
oleh Taming Sari kerana telah berjaya menewaskan penjurit tua,Taming Sari..
TEMA
·
Epik ini bertemakan semangat
patriotik.Keberanian dan kekuatan seorang pahlawan Melayu ,iaitu Hang Tuah
dalam membuktikan ketaatan kepada rajanya
PLOT
·
Plot hikayat ini
ialah kronologi,iaitu sebuah cerita yang mendaftarkan dengan kisah di
Majapahit..
·
Pertemuaan antara
Hang Tuah sebagai wakil kerajaan Melayu dengan perajurit Majapahit
berakhir dengan kisah pertarungan Hang
Tuah dengan Taming Sari..
·
Jalan cerita karya
ini adalah seperti berikut;
·
Kedatangan
rombongan Raja Melaka ke Majapahit untuk melangsungkan perkhawinan dengan Raden
Galuh Emas Ayu iaitu Betara Majapahit..
LATAR
TEMPAT
Sebuah wilayah bernama Majapahit:-
·
Tempat Hang Tuah
berlawan dan membunuh Penjurit dan Taming Sari..
LATAR MASA
Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka:-
·
Semua peristiwa dalam
karya ini berlaku pada era kegemilangan Hang Tuah yang hebat dan perkasa..
LATAR MASYARAKAT
KEHIDUPAN GOLONGAN DIRAJA(ISTANA):-
·
Masyarakat yang
diceritakandalam karya ini berada dalam sistem fuedal.Golongan diraja
diwakilkan Raja Melaka,Seri Betara dan Raden Galuh Emas Ayu
MASYARAKAT MELAYU LAMA YANG MEMPERTAHANKAN DIRI:-
·
Golongan pahlawan
ini diwakili oleh Hang Tuah ,Patih Gajah Mada,Penjurit dan Taming Sari yang
mementingkan seni pertahanan diri,iaitu seni silat dalam usaha meluaskan kuasa
dan wilayah pemerintah.
KEHIDUPAN GOLONGAN DIRAJA:-
·
Masyarakat yang
diceritakan dalam karya ini berada dalam sistem feudal. Golongan diraja
diwakili oleh Raja Melaka, Seri Bentara dan Raden Galu Emas Ayu.
MASYARAKAT MELAYU LAMA YANG MEGAH MEMPERTAHANKAN DIRI:-
·
Golongan pahlawan
ini diwakili oleh Hang Tuah, Patih Gajah Mada yang mementingkan seni
mempertahankan diri iaitu silat.
MEMENTINGKAN
ADAT RESAM:-
·
Masyarakat Melayu
mementingkan resam dan mengamalkan dalam
kehidupan harian mereka..Adat resam ini termasuklah pantang larang dan adat
istiadat yang diamalkan sejak turun temurun lagi..Antara adat yang sering diamalkan oleh
masyarakat Melayu seperti
adat perkahwinan, tambalan raja..contohnye Hikayat Hang Tuah yang
menunjukan masyarakat Melayu mementingkan adat perkahwinan seperti
dibawah;setelah ke esok harinya maka baginda pun berangkat keluar dihadap
oleh segala pegawai dan pertuanan
sekalian..
·
PERSOALAN
·
Keberanian
pahlawan melindungi rajanya..
·
Ketaatan seorang
rakyat terhadap rajanya..
PERWATAKAN
HANG
TUAH:-
Seorang hulubalang dan pengiring raja Melaka
·
Hang Tuah telah
dilantik oleh Sultan Melaka untuk jawatan hulubalang negara dan menjadi
pergiring dalam semua urusan pentadbiran negara
Seorang yang taat setia
·
Seorang yang terlalu taat
setia kepada raja sehingga sanggup mengorbankan dirinya sendiri.
Tangkas
bermain senjata
·
Hang Tuah mempunyai ilmu
mempertahankan diri yang hebat dan ilmu tangkas bermain senjata
RAJA
MELAKA:-
Seorang
yang baik
·
Raja Melaka yang
bernama Sultan Mansur Syah merupakan seorang sultan yang baik hati dan sangat
taat pada perintah agama.
Mempunyai keinginan yang tinggi
·
Baginda memiliki
keinginan yang tinggi untuk meluaskan wilayah pemerintahannya.
SERI BENTARA:-
Raja kerajaan Majapahit
·
Baginda ialah
Sultan bagi kerajaan Majapahit. Di bawah pentadbirannya, baginda mempunyai
sikap suka memperkecil kecilkan negara lain kerana negaranya mempuyai kekuatan
tentera yang sangat luar biasa.
Seorang yang berkeinginan tinggi
·
Keinginan baginda
yang sukar ditandingi ialah ingin memperluaskan kuasa dan jajahan. Kerajaan
Majapahit adalah satu kuasa besar yang telah berjaya menakluki Demak dan Pasai.
CIRI EPIK
1.
Pahlawan tampil sebagai
susuk tubuh yang mengkagumkan.
·
Hang Tuah mampu
mengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut. Malah
Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar mereka
saling bertukar keris.
2.
Latar penceritaan
pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang tempat.
·
Asal Hang Tuah daripada
Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di Majapahit.
3.
Keberanian tokoh
dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema.
·
Hang Tuah digambarkan
sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa bantuan rakan-rakan yang lain.
4.
Ada keterlibatan unsur
supernatural (kuasa luarbiasa).
·
Hang Tuah tidak cedera
walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar
biasa.
5.
Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak
epik dilukiskan secara tidak langsung melalui dialog dan aksinya sahaja.
·
Hang Tuah diceritakan
berjaya mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan
ketangkasan watak Hang Tuah.
KEPENTINGAN
KARYA DALAM KONTEKS SARWAJAGAT (WORLD VIEW) MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL.
1.
Perlu bersikap berani
·
Seseorang individu
yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa demi membantu orang
lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang Tuah tidak dapat
dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah cukup menggambarkan
beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang musuh yang handal
seperti Taming Sari.
2.
Manusia perlu bijaksana.
·
Kebijaksanaan adalah
sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang. Selalunya aspek
kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu menyelesaikan masalah
dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. Ketika Hang Tuah bertikam dengan
Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari punca masalah yang
menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming Sari. Seterusnya, dengan
kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat dibunuh.
3.
Taat
setia kepada ketua.
·
Kemana
sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.
4.
Menghargai jasa dan
sumbangan pihak lain.
·
Hang Tuah diberi anugerah
Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah satu cara menghargai
jasa-jasanya.
5.
Sentiasa berwaspada.
·
Perlu bersikap waspada
terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih Gajah Mada. Apabila
kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati
6.
Hormat menghormati.
·
Sebarang tindakan yang
dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu pemerintah di sana. Sultan
Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka berada di negara orang
(Majapahit).
7.
Gambaran adat dan budaya
masyarakat.
·
Majlis perkahwinan antara
Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan mempunyai adat-adat tertentu yang
diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat perkahwinan itu ialah seperti adat
berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan mengadap raja
NILAI
1.
Semangat setia
kawan
· Nilai semangat setia kawan dapat ditonjolkan dalam diri Hang Jebat yg berani menentang dan derhaka kepada rajanya sendiri. Hal ini demikian kerana dia merasa tidak puas hati terhadap keputusan rajanya yang terlalu mengikut nafsu utk menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah