Sunday, 8 November 2020

Watak dan perwatakan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Encik Muhammad


1.         Bijak mengurus

Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2.         Berani

Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.

3.         Berkarisma

Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani bangsa asing.

4.         Berwawasan

Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5.         Gigih

Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.

6          Bertanggungjawab

Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga.

7          Merendah diri

En. Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.

8          Tenang/sabar

En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima secara rasional tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

8          Simpati

En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin dan dia berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka mendapat bantuan dan kemudahan pindah ke rancangan FELDA.


Mahani


1.         Hormat – menghormati

Mahani amat menghomati kedua-dua ibu bapanya. Dia menerima keputusan ayah dan ibunya untuk menerima pinangan Rahim. Mahani juga amat menghormati Encik Muhammad semasa berada di pejabat.

 

2.         Prihatin

Mahani sangat prihatin akan nasib penduduk kampung Pulai apabila Syarikat Lombong LembahTualang hendak dibangunkan – memikirkan nasib dan kesusahan penduduk.

 

3.         Berbudi bahasa

Mahani memilki budi bahasa yang baik  sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat untuk menjadikan sebagai menantu.

 

4.         Kasih sayang

Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan bapanya malah dia turut menyayangi Rahim. Walaupun mereka jauh terpisah dan jarang berhubung, namun kasih sayang akhirnya menyatukan mereka dengan ikatan pertunangan.

 

5.         Bersopan santun

Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk bersalam dan mencium tangan Cik Puan Tipah

 

6          Setia

 

7.         Taat kepada perintah Allah

 

8.         Rajin


Rahim


1.         Berpandangan jauh.

Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.

2.         Amanah

Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya erjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang.

3.         Bijaksana

Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan erjaya kepada penduduk erjaya.

4.         Merendah diri

Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5.         Bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.

 

6.         Berani

Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

 

7      Gigih

Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau erjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London.


Lebai Maaruf


1      Sanggup berkorban.

Sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kepentingan agama Islam.

2      Bertanggungjawab

Giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang

3      Bertaqwa/beriman

Sentiasa mengerjakan soalat berjemaah di surau

4      Patuh kepada hukum agama

5      Pemaaf

6      Tabah

7      Redha



No comments:

Post a Comment