Wednesday, 10 February 2021

Berdasar petikan di atas Sultan Muzaffar Syah amat mementingkan perpaduan dalam pentadbirannya. Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks pembangunan masyarakat di Melaka

 

.Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya

 

Maka Sultan  Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu, maka terlalu dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu.Maka fikir baginda,”Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana Orang Besar tiada muafakat  sama  orang besar.”

(Dipetik daripada A.Samad Ahmad(peny.) 2003   Sulalatus   Salatin Sejarah           Melayu[Edisi Pelajar],  Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, halaman 92)


Berdasar petikan di atas Sultan Muzaffar Syah amat mementingkan perpaduan dalam pentadbirannya. Bincangkan kepentingan perpaduan dalam konteks pembangunan masyarakat di Melaka.    [25m] 


Contoh jawapan.


Pengenalan

Definisi perpaduan – perihal berpadu

-Rakyat berganding bahu untuk melakukan sesuatu dan sentiasa menyelesaikan masalah secara musyawarah.

-Definisi pembangunan masyarakat

-5 isi jawapan secara keseluruhan


Isi

F1-Sepakat / bersatu hati dalam melakukan sesuatu

H/C: -Bersepakat antara SMS dengan SND untuk merampas takhta kesultaan Melayu Melaka daripada Raja Rekan


F2-Bekerjasama

H/C-SMS meminta kerjasama dengan TP dan orang-orang Kelang untuk menghadapi serangan Siam


F3-Bersefahaman

H/C-SMS menceraikan TK, kekanda TP yang dikahwini oleh SND. Akhirnya mewujudkan persefahaman antara SND dan TP


F4-Saling-mempercayai 

H/C-SMS mempercayai SND untuk membantu baginda dalam peristiwa rampasan kuasa


F5-Saling hormat-menghormati

H/C-Perasaan saling hormat-menghormati wujud antara TP dan SND selepas perkahwinan SND dan TK


kesimpulan / rumusan 

Amalan rasuah ini tidak dapat membina jati diri”. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan petikan di atas.

 Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya

Tauke ini paling penting baginya. Dia ingin bersara dari politik tetapi bergantung kepada kejayaan rancangan dengan Tauke Chan itu. Dia percaya akan dapat bantuan dari tauke tersebut dalam usahanya untuk membesarkan  kilang papannya dekat Pekan Kuala. Apabila dia tidak menjadi wakil rakyat lagi kelak, kilang papan itulah sumber hidupnya yang boleh menetapkan kedudukanya agak tinggi sedikit dalam masyarakat. Kalau rancangan perumahan itu berjaya, Tauke Chan tentu gembira sekali untuk membantunya agak sepuluh dua puluh ribu untuk membesarkan kilang papannya.

                                                                                                                               (Dipetik daripada Novel Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur;:

Dewan Bahasa dan Pustaka , halaman 56


“Amalan rasuah ini tidak dapat membina jati diri”. Bincangkan penyataan tersebut berdasarkan petikan di atas.    (25m)


Contoh jawapan.

pengenalan

F1 : Jati diri merujuk kepada sifat/ ciri yang unik, istimewa dan unggul dari segi adat, bahasa, budaya, agama dan sebagainya yang menjadai teras dan lambanhg keperibadian seseorang individu.

F2: Definisi rasuah – menyalahgunakan kuasa dan kepercayaan awam yang diberi kepada mereka diantaranya termasuklah menyalahgunakan undang-undang yang dikuatkuasakan, penyalahgunaan harta luar negara. Merugikan negara, memperkayakan diri sendiri dan kerabat. 

F3: isi-isi penting


isi

F1: Memimbulkan sikap pentingkan diri sendiri.

H/C: sikap yang hanya mengutamakan kemahuan dan kehendak diri sendiri tanpa memperdulikan hal orang lain. Sikap sedemikian sudah tentu akan mengundang rasa tidek senang hati orang lain. Berdasarkan petikan diatas YB Mohd. Yusof pentingkan dirinya sehingga dia snggup mengharapkan rasuah/habuan daripad Tauke Chan bagi membesarkan kilang papannya.


F2: Menggambil kesempatan/ menggunakan orang lain.

H/C: Membolehkannya mengaut keuntungan. Mempergunakan kesempatan dan peluang yang ada bagi membolehkannya memperolehi habuan, sepatutunya sikap ini dihindai kerana sudah tentu ianya akan membawa impak yang negatif seperti mungkin akan berlaku salah faham. Berdasarkan petikan diatas YB Mohd. Yusof mengambil kesempatan diatas kesusukannya sebagai ahli politik dengan berkerjasama untuk mendapatkan habuan


F3: Rasa tamak haloba

H/C: Keinginan untuk memperolehi sesuatu tanpa usaha sendiri juga dikaitkan dengan sikap haloba. Sewajarnyalah siakp ini dihindari bagi membentuk keperibadian yang teguh dengan iman. Berdasarkan teikan diatas, YB Mohd Yusof bersikap tamah kerana ingin mendapatkan mendapatkan habuan demi membesarkan kilang papannya.


F4: Penyalagunaan kuasa

H/C: Perbuatan menggunakan kedudukan atau jawatan tertentu untuk tujuan mendapatkan keuntungan peribadi. Seharusnya perbuatan tersebut tidak dilakukan kerana sudah tentu ianya akan menggundang isu yang lebih besar seperti pembunuhan dan sebagainya.


F5: Hilang pertimbangan

H/C: Juga merupakan punca berlakunya amalan rasuah dikalangan individu yang bersikap negatif. Sikap lupa diri dan sanggup melakukan perkara yang bertentangan dengan sikap positif. Sewajarnya sikap sedemikian dihindari kerana ianya boleh mendatangkan kesan buruk terutama dalam perhubungan sesama manusia. YB Mohd Yosuf tidak berfikir secara rasional apbila dia mengharapkan habuan daripada Tauke Chan bagi membantunya membersarkan kilang papannya


F6: Tidak amanah

F7: Membelakangkan agama


kesimpulan

Kesimpulannya amalan rasuah yang berpunca dari sikap diri sendiri boleh mengagalkan  pembangunan insan sewajarnya tidak dilakukan demi membentuk individu yang cekal, kuat dan mempunyai keperibadian yang teguh.