Sunday, 8 November 2020

Watak dan Perwatakan dalam Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

 Sultan Muhamad Syah ( Raja Kecil Besar )

LATAR BELAKANG 

Nama asal : Raja Kecil Besar

Anakanda kepada : Raden Tengah

Berkahwin dengan : 

i – anak Tun Perpatih Permuka Berjajar

ii- Tun ratna wati

 iii- Anak Raja Pekan

Berputerakan :

 i- Raja Kecil Lambang Raja Mahkota

ii- Raja Kassim

iii- Raja Ibrahim     

 

 

PERWATAKAN

 

1-    Seorang pemerintah yang adil – mendorong kedatangan pedagang ke Melaka (hlm 79-80)
2-    Seorang yang baik dan menghormati tetamu
3-    Bertanggungjawab terhadap kemajuan dan kemantapan Melaka

4-    Adil

 

 Sultan Muzaffar Syah ( Raja Kassim )

LATAR BELAKANG

Nama asal : Raja Kassim

Anakanda kepada : Sultan Muhamad  Syah

Berkahwin dengan :

 i – anak  Bendahara Seri  Amar Diraja Raden Anum 

 ii- Tun Kudu

 Berputerakan :  Raja Abdullah

Pernah disingkirkan oleh  Raja Rekan    

Menyamar menjadi nelayan semasa dalam pelarian

 

PERWATAKAN

1-    mempunyai perangai yang baik,adil, pemurah dan saksama terhadap rakyat
2-    memperantikkan undang-undang terhadap menteri supaya tidak melanggar peraturan
3-    sanggup berkorban semata-mata mahu melihat Melaka terus berada dalam keadaan aman
4-    bersifat tegas dan tidak mahu tunduk di bawah pemerintahan Siam
Cthnya : apabila Siam meminta Melaka menyembah Siam.
5-    seorang sultan yang menghormati dan menghargai jasa orang lain
Cthnya : Tun Perak dilantik menjadi menteri dan akhirnya sebagai Bendahaa kerana jasanya kepada Melaka
6-    Sultan yang mempunyai sikap pilih kasih
Cthnya ; walaupun Seri Wak Raja Bendahara, namun baginda lebih suka mendengar cakap Seri Nara Diraja 
7.   Banyak meminta nasihat dari Seri Nara Diraja Tun Ali    
8.     Mempunyai sifat Pengasih khususnya terhadap keluarga

9.     Patuh pada janji.

Bijak/berpandangan jauh – Melihat peselisihan faham antara Tun Ali dengan Tun Perak tidak menguntungkan Melaka lantaran itu baginda cuba mendamaikan antara keduanya

 

sultan Mansur Syah (Raja Abdullah)

 

LATAR BELAKANG

Nama asal : Raja Abdullah

Anakanda kepada : Sultan Muzaffar Syah

Berkahwin dengan :

 i . Tun Putih

 ii . Puteri Onang Sari

iii . Raden Galuh  Cendera  Kirana      

 iv . Puteri Hang Liu

Berputerakan :

 i- Raden Kelang

  ii- Paduka Hamimat

 

PERWATAKAN

 

1.      seorang yang baik parasnya, adil dan

 pemurah

2.      merupakan sultan yang gemar meluaskan jajahan takluknya baginda

3.      seorang sultan yang berdaulat

Cth : bila baginda menyambahkan Raja China, Raja China mendapat sakit kedal akibat tulah Sultan Mansur Syah

4.      seorang sultan yang bertanggunjawab terhadap negeri Melaka

Cth : baginda menyurah laksamana Hang Tuah menghalang tindakan Semerluki yang cuba memusnahkan jajahan Melaka

5.      mempunyai rasa kemanusian dan sanggup membantu rakan atau kalangan raja di negeri lain

6.      berpandangan jauh - mentadbir Melaka dengan berusaha menjalin perhubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti China, Majapahit dan Siam.

7.      Mempunyai sikap terbuka dan mahu mengakui kesilapan.

8.      Membuat kesilapan besar apabila terburu-buru menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Tuah         menyebabkan Hang Jebat bangkit memberontak.

9.      Menjalankan dasar perluasan kuasa.

10.  Bijak - merajakan Raja Muhamad di Pahang – peristiwa sepak raja

11.  Mementingkan ilmu/cinta akan ilmu – menggalakkan rakyat menguasai pelbagai ilmu (hlm 106)- Belajar kitab Duri’l-mazlum daripada Maulana Abu Bakar

12.  Beriman

13.  Berilmu- belajar ilmu agama

14.  Tegas/tetap pendirian

 

Sultan Alau’d-Din Riayat Syah ( Raja Ahmad )

 

LATAR BELAKANG

Nama asal : Raja Ahmad

Anakanda kepada : Sultan Mansur Syah

Berkahwin dengan : i –seorang anak raja

                              ii- Tun Naja

Berputera-puterikan :

i- Raja Menawar

ii- Raja Zainal

iii- Raja Hitam

iv- Raja Muhamad

 v-   Raja Fatimah

 

PERWATAKAN

 

1.      seorang yang gagah perkasa/berani – membenteras kecurian

2.      sultan yang adil kerana mengembalikan harta curi yang dijumpainya

3.      sultan yang bertanggungjawab terhadap masa depan dan keamanan Melaka

4.      seorang yang bertanggungjawab

Cth : menyuruh pahlawan-pahlawan baginda membantu menghalang tindakan orang Haru yang merosakkan jajahan Melaka

5.      baginda juga seorang sultan yang menghormati tetamu

6.      tegas pendirian

Cth: menitahkan Laksamana selesaikan masalah yang terjadi di Siak setelah Tun Jana Pakibul membunuh orang tanpa memberitahu ke Melaka terlebih dahulu.

7.      digambarkan sultan yang berdiplomasi dan berpandangan jauh.

Cth : menerima pendapat bendahara paduka Raja agar tidak menyerang Pahang.

 

  Sultan Mahmud Syah ( Raja Mamad )

 

LATAR BELAKANG

 

Nama asal : Raja Mamad

Anakanda kepada : Sultan Alau’d-Din Riayat Sya

Berkahwin dengan : i –anak Sultan 

                                     Muhamad  

                                     Syah

                               ii- Tun Teja

                               iii-Tun 

                                      Fatimah

Berputera: i- Raja Ahmad

 

PERWATAKAN

1-         seorang yang pendendam

2-         seorang yang buas nafsu dan sukakan perempuan

Cth : membunuh keluarga Tun Mutahir kerana inginkan Tun Fatimah yang pada itu telah berkahwin dengan Tun Ali

3-         sultan yang mementingkan diri

4-         bersifat zalim

Cth : semasa memerintah Melaka, melakukan pembunuhan ke atas Seri Bija Diraja, Tun Ali Sandang dan keluarga Tun Mutahir adalah di luar batas kemanusiaan.

5-         mempunyai sikap pilih kasih

6-         sultan yang bongkak

Cth : tindakan baginda yang menghendaki Puteri Gunung Ledang sebagai permaisuri baginda kerana baginda inginkan kelainan daripada raja-raja Melaka yang lain

7-         berguru dengan Maulana Yusuf yang datang dari Arab dan menyuruh anakandanya, Sultan Ahmad mengikut jejaknya.

 

Bendahara Paduka Raja (Tun Perak)

 

LATAR BELAKANG

 

Gelaran : Bendahara Paduka Raja

Anak kepada ; Seri Wak Raja

Saudara kepada : I- Tun Kudu

                        ii- Tun Perpatih Putih

Tugas : menjadi penghulu bagi orang-orang di Kelang.

 

PERWATAKAN

 

  1. Petah bercakap

Cth : mematahkan tuduhan dan kata-kata Seri Amerta iaitu Bentera Melaka

2.      Bijaksana/ bijak bertindak

Cth : membuat muslihat sehingga tentera Siam berundur pulang

  1. Mempunyai pengaruh besar di Melaka
  2. Menjadi penasihat sultan dalam hal-hal pentadbiran dan pendapat beliau diikuti sultan
  3. Seorang yang rendah diri
  4. Taat/setia terhadap sultan tidak berbelah bagi
  5. Memiliki sifat tegas
  6. Pandai meramal apa yg berlaku pd masa hadapan

Cth : meramal Tun Mutahir akan menjadi Orang Besar suatu ketika nanti tetapi tidak kekal lama.

9.      Pakar strategik

10.  Bertanggungjawab

11.  Amanah

12.  Berilmu

13.  Merendah diri/tidak besarkan diri/tidak bermegah-megah

 

 

Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir

 

LATAR BELAKANG

 

LATAR BELAKANG WATAK

 

1. Anak kepada Bendahara Seri Nara Diraja

    Tun Ali.

2. Berdarah campuran India kerana datuknya, 

    Mani Purindam berasal dari India.

3. Bapa saudara kepada Sultan Mahmud Syah

4. Anak saudara kepada Tun Perak

5. Pernah memegang jawatan temenggung

 

PERWATAKAN

 

  1. Menitikberatkan kebersihan. (hlm 207)
  2. Dihormati oleh pedagang luar dan musuh (hlm 245)
  3. Mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bendahara-bendahara yang lain.
  4. Tegas dalam melaksanakan tugas.
  5. Kebolehan yang luarbiasa dalam perniagaan
  6. Kaya
  7. Seorang yang pemurah
  8. Taat dan setia kepada raja
  9. Degil dan tidak mudah dinasihati
  10. Mudah mempercayai orang

 

 

 

 

 

Watak dan perwatakan dalam novel Saudagar Besar dari Kuala Lumpur

Encik Muhammad


1.         Bijak mengurus

Bertindak pantas merebut peluang perniagaan dan menewaskan lawan secepat mungkin.

2.         Berani

Mengambil risiko / berusaha merebut peluang perniagaan tanpa mengira kesusahan yang bakal ditempuhinya.

3.         Berkarisma

Tokoh yang ada daya penarik , proaktif, karismatik serta tidak menghiraukan apa jua risiko yang perlu dihadapi demi mengisi cita-cita unggulnya sebagai tokoh perniagaan Melayu yang berjaya dan disegani bangsa asing.

4.         Berwawasan

Beliau tidak mahu bangsanya diperlekehkan oleh bangsa asing yang diketahuinya masih tertinggal dalam dunia perniagaan.Kejituan idea dan pandangannya dalam menangani dunia perniagaan Firma serba Dagang Internasional.

5.         Gigih

Meluaskan empayar perniagaannya di mana-mana sahaja ada peluang sesuai dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang mahukan penyertaan orang Melayu sebanyak mungkin dalam dunia perniagaan.

6          Bertanggungjawab

Memberi pendidikan tinggi kepada anaknya dan meneruskan legasi perniagaan keluarga.

7          Merendah diri

En. Muhammad masih bersikap merendah diri dengan YB Muhd. Yusof dengan mengatakan penglibatannya dalam dunia perniagaan masih lagi seperti dalam hutan rimba.

8          Tenang/sabar

En. Muhammad tenang/sabar dalam menghadapi cabaran dalam menguruskan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Ketenangan dan kesabarannya jelas apabila dia dapat menerima secara rasional tuduhan yang dilemparkan kepadanya oleh pemuda berjubah dan Jamaluddin yang menuduhnya dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan hati.

8          Simpati

En. Muhammad bersimpati dengan nasib penduduk Kampung Pulai yang masih lagi miskin dan dia berjanji untuk memberi pertolongan supaya mereka mendapat bantuan dan kemudahan pindah ke rancangan FELDA.


Mahani


1.         Hormat – menghormati

Mahani amat menghomati kedua-dua ibu bapanya. Dia menerima keputusan ayah dan ibunya untuk menerima pinangan Rahim. Mahani juga amat menghormati Encik Muhammad semasa berada di pejabat.

 

2.         Prihatin

Mahani sangat prihatin akan nasib penduduk kampung Pulai apabila Syarikat Lombong LembahTualang hendak dibangunkan – memikirkan nasib dan kesusahan penduduk.

 

3.         Berbudi bahasa

Mahani memilki budi bahasa yang baik  sehinggakan Cik Puan Tipah berhasrat untuk menjadikan sebagai menantu.

 

4.         Kasih sayang

Mahani bukan sahaja menyayangi ibu dan bapanya malah dia turut menyayangi Rahim. Walaupun mereka jauh terpisah dan jarang berhubung, namun kasih sayang akhirnya menyatukan mereka dengan ikatan pertunangan.

 

5.         Bersopan santun

Mahani bingkas bangun semasa bermain piano untuk bersalam dan mencium tangan Cik Puan Tipah

 

6          Setia

 

7.         Taat kepada perintah Allah

 

8.         Rajin


Rahim


1.         Berpandangan jauh.

Walaupun Rahim belajar di London dan berjaya memperolehi ijazah dalam bidang pengurusan dagang, namun beliau berhasrat untuk kembali ke tanah air bagi mencurahkan baktinya, dimana dia sanggup bekerja dengan Syarikat Lombong Lembah Tualang asalkan ayahnya bersetuju dengan rancangan Lebai Maarup berhubung dengan tanah wakaf di Kampung Pulai.

2.         Amanah

Rahim memikul amanah ayahnya dengan sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang diimpikan. Sewaktu berada di London Rahim tidak leka dengan pengaruh budaya barat. Rahim akhirnya erjaya menamatkan pengajiannya dengan memperolehi Ijazah Sarjanaa Muda Pengurusan Dagang.

3.         Bijaksana

Pendidikan yang diperolehi oleh Rahim sewaktu beliau belajar di London, telah menjadikannya seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan bijaksana. Dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki, beliau mampu berfikir dan bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Dengan ilmu yang ada padanya, maka ia menentang hasrat ayahnya untuk membuka lombong bijih di Lembah Tualang kerana pada pandangannya kegiatan perlombongan boleh membawa kesan erjaya kepada penduduk erjaya.

4.         Merendah diri

Biarpun memiliki ilmu yang tinggi dan dalam kalangan keluarga yang berada, beliau tidak sombong dan bangga diri. Beliau sanggup mendengar dan menerima cadangn Sudin serta Lebai Maarup yang hendak mewakafkan tanah untuk kepentingan penduduk kampong.

5.         Bertanggungjawab

Sikap bertanggungjawab Rahim dapat dilihat apabila beliau sanggup menentang cadangan ayahnya untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Kampung Pulai. Rahim cuba membela nasib penduduk Kampung Pulai yang mungkin akan kehilangan tanah jika cadangan En. Muhammad untuk membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang menjadi kenyataan.

 

6.         Berani

Rahim berani menyuarakan pendapat dan pandangannya tentang sesuatu perkara yang dianggapnya tidak wajar. Sikap Rahim ini dapat dilihat dengan jelas apabila ia mengkritik dan menentang sikap ayahnya yang dirasakan lebih mengutamakan keuntungan semata-mata berbanding dengan nasib yang akan menimpa penduduk Kampung Pulai apabila ayahnya ingin membuka Syarikat Lombong Lembah Tualang.

 

7      Gigih

Selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah, En. Muhammad telah menghantar Rahim belajar di London dalam bidang pengurusan dagang. Berkat kegigihan, akhirnya beliau erjaya memperolehi ijazah sarjana muda pengurusan dagang dari sebuah university terkemuka di London.


Lebai Maaruf


1      Sanggup berkorban.

Sanggup mewakafkan tanah pusakanya untuk kepentingan agama Islam.

2      Bertanggungjawab

Giat menjalankan gerakan dakwah kepada generasi muda Kampung Tualang

3      Bertaqwa/beriman

Sentiasa mengerjakan soalat berjemaah di surau

4      Patuh kepada hukum agama

5      Pemaaf

6      Tabah

7      Redha



Friday, 29 November 2019

Ilmu penting dalam kehidupan manusia. Dengan mengemukakan contoh watak daripada Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, jelaskan pernyataan tersebut dalam konteks kehidupan anda sebagai pelajar.[25]

 Ilmu penting dalam kehidupan manusia. Dengan mengemukakan contoh watak daripada Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, jelaskan pernyataan tersebut dalam konteks kehidupan anda sebagai pelajar.[25]

A. Pendahuluan [3]
-Ilmu merujuk kepada pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dsb
-Pengetahuan tentang sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah tertentu dapat digunakan untuk menerangkan fenomena tertentu.
-Pandangan mana-mana sarjana –Plato , Socrates , al-Ghazali, Syed Naquib dll
-Menyenaraikan lima isi jawapan

B. Isi [20]
F1- Ilmu agama untuk kehidupan beragama
H/C-Maulana Abu Bakar (contoh watak lain diterima-Kadi Yusuf)
Aplikasi – Sebagai pelajar,…- mengukuhkan jati diri

F2- Ilmu kepahlawanan
H/C-Hang Tuah (contoh watak lain diterima)
Aplikasi – Sebagai pelajar…-berkemahiran

F3-Ilmu perniagaan
H/C-Hang Nadim (contoh watak lain diterima-Tun Perak, Tun Mutahir)
Aplikasi – Sebagai pelajar… - berdaya saing

F4- Ilmu melukis
H/C-Hang Nadim (contoh watak lain diterima)
Aplikasi – Sebagai pelajar … - berpengetahuan

F5-Ilmu mengukir
H/C-Hang Nadim
Aplikasi – Sebagai pelajar … dihormati / disanjungi

F6-Ilmu memanah
H/C-Tuan Saidi Arab
Aplikasi – Sebagai pelajar …kemahiran nilai tambah

F7-Ilmu hikmat
H/C-Tuan Jana Khatib (cth lain diterima – Tun Perak) 
Aplikasi – Sebagai pelajar … dipandang mulia / disanjungi
[5 isi x 4 markah = 20 markah , F-1 , H-1, C-1, A-1]
C-Penutup [2]